Saturday 16 July 2011

Terkini : BerSHIT Attack KLCC?



Terkini dari KLCC dilaporkan sebentar tadi sekitar jam 2.00 petang sekumpulan anak muda berbangsa cina seramai lebih kurang 20 orang telah mengadakan satu piket di persekitaran KLCC untuk menyatakan sokongan mereka kepada gerakan BerSHIT 2.0

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 'Generation 709' ini lengkap berpakaian berwarna kuning sebagai tanda sokongan sebagai gerakan BerSHIT 2.0 tempoh hari.


Piket ini dipercayai digerakkan oleh anak muda yang terdiri daripada pelajar kolej swasta sekitar ibu negara. Berdasarkan sumber yang diterima kumpulan ini merupakan pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman PTPTN daripada pihak kerajaan.

Saya cuba untuk mendapatkan maklumat lengkap, InsyaAllah akan dikemaskini dalam masa terdekat.

PDRM sila siasat

1 comment: